Monday, 20 June 2011

Doa Buat Ayah

Ramai kawan-kawan aku cerita tentang Hari bapa yang diorang sambut...
Ada yang tanya aku, hadiah apa yang aku bagi kat ayah aku...
aku hanya diam tak tahu nak jawab apa!!!!!!!!!!!!!
sebab sejak dulu aku tak pernah sambut hari bapa cuma sambut hari ibu....

macam mana rasanya kasih sayang seorang ayah pun aku tak tahu....
kerana aku tak pernah rasainya...
cemburu pada teman-teman yang mempunyai ayah tapi aku...
biar hati merintih tak siap pun yang tahu

siapa cakap aku tak ada hadiah untuk ayah....
Aku sentiasa berdoa semoga Allah maafkan Ayah kerna mengabaikan aku sebagai anaknya...
Ayah anak mu ini telah memaafkan dirimu....
Semoga Ayah satu hari nanti ayah sedar yang ayah mempunyai 2 orang anak yang telah bertahun lama Ayah abaikan (Along dan Saya)
Semoga Ayah bahagia dengan isteri dan 4 orang anak ayah yang lain.

No comments: