Friday, 17 June 2011

Takdir Menentu Segalanya ( 3 )


Takdir Menentu Segalanya (3)
Bab 3
                Vila Syurga Cinta Dahto’ Syafie bersama Isteri Datin Siti Aisyah dipenuhi oleh kaum keluarga. Selepas mendapat panggilan dari anaknya Asyraaf  yang menyatakan dia telah bersedia untuk berkahwin dan telah mempuyai calon. Itu adalah berita gembira kepada keluarganya, setelah sekian lama dia menunggu akhirnya anak lelaki tunggalnya telah bersedia. Syukur kepada Allah yang telah membuka pintu hati Asyraaf. Asyraaf seorang anak dhn abang yang baik. Tidak sia-sia didikan yang telah diberikan kepada Asyraaf anaknya itu membesar dengan sempurna. 

“ betul ke Asyraaf dah setuju nak berkahwin ni Pie” 

“ Betul mak dia telefon saya semalam. Dia cakap dia nak kahwin. Tak pe kita tunggu dia balik, sekejap lagi sampailah tu”

“ Assalamualaikum” Asyraaf yang baru sampai ke vila memberi salam. Dia tak terkejut langsung dengan kehadiran semua Ahli keluarganya yang telah sedia berkumpul di ruang tamu. Memang ini yang dia jangka. Mesti kecoh punya. Dia lihat semua wajah ahli keluarganya semua buat muka yang penuh dengan tanda Tanya, yelah dia yang  dikatakan lelaki yang tidak mempunyai perasaan pada perempuan  tiba-tiba kata nak kahwin. Memanglah semua terkejut. Sebenarnya dia bukan tak ada perasaan  pada perempuan Cuma dia malu, dia rasa biarlah cinta tu datang sendiri, dia mahukan hubungan yang suci yang berlandaskan  islam. Dia taknak menjadi lelaki munafik yang menganggap wanita sebagai tempat pemuas nafsu sahaja. 

“ Betul ke Asyraaf nak kawin, dengan siapa? Jumpa kat mana? Anak siapa?” Asyraaf baru ingin melabuhkan punggung di kerusi dia di terjah dengan pelbagai soalan tidak henti-henti. Asyraaf tersenyum nampaknya mereka semua tidak sabar dengan jawapan yang akan di berikan.

“ Dah lama kenal, Dah banyak kali Asyraaf ajak dia kahwin tapi dia tak nak. Dia tu susah cikit nak pikat.” Semua telopong jadi sangkaan mereka terhadap Asyraaf semua salahlah. Mereka ingatkan Asyraaf seorang yang anti perempuan. Pandai Asyraaf simpan rahsia tentang buah hatinya.

“ Dia orang biasa je, bukan anak orang kaya pun, kerje sebagai cikgu tadika. Mungkin sebab tu dia berkali-kali tolak Asyraaf mungkin rasa rendah diri. Tapi Asyraaf tak pandahng semua tu. Pertama kali jumpa dia dada Asyraaf bergetar, nafas rasa sesak, senyumaan dia buat Asyraaf tak tidur malam.” Asyraaf tak berniat menipu keluarganya tentang Ain yang baru di kenali 2 hari lepas. Tapi dia tak tipu dengan perasaannya melihat Ain hatinya tak keruan. Ada perasaan yang pelik tumbuh terhadap Ain mungki kah ia cinta.

“ Asyraaf Ayah dengan mak tak kisah dengan siapa Asyraaf nak kahwin asalkan dia baik. Tak kisah kalau dia tak berharta sekali pun. Harta bukannya perkara penting untuk Asyraaf  mengecapi kebahagiaan.”

“Betul tu sayang nenek tak pernah ajar anak atau cucu nenek memandang harta, kita semua sama, dulu sebelum kita semua senang kita juga pernah susah. Atuk dan nenek pun orang kampung, harta yang kita ada semua ni rezeki dari Allah.”

“ Dahlah bila nak kenalkan menantu ibu, tak sabarnya jumpa wanita yang Berjaya menambat hati anak teruna ibu ni.”

“ Nantilah Asyraaf bawak dia jumpa ibu. Tapi ada satu lagi pemintaan Asyraaf”

“Apa dia sayang” 

“ Kalau boleh asyaraf nak nikah dalam masa seminggu dua  ni. Lagi cepat lagi bagus.”

“ Kenapa cepat sanggat mana sempat nak buat persiapan dalam masa terdekat ni. Lagipun kita kene ikut adat sayang. Ibu dengan ayah kene jumpa mak bapak dia.”

“ Ain, nama dia Nur Qurratu’Aini ‘Abidahh  binti Muhamad Q’ayyum. Dia anak yatim, kedua ibu bapanya dah meninggal 8 tahun lalu akibat kemalangan ketika dalam perjalanan balik dari airport setelah menunaikan haji. Ain tak ada sesiapa dia hidup sendiri kedua ibu bapanya anak tunggal tak ada sedara lAin.”

“ Kalau ye pun dia anak yatim, takkan cepat sangat nak kahwin. Persiapan satu pun tak siap lagi mana sempat nak siapkan dalam masa seminggu dua ni Asyraaf.” Puan Syarifah cuba memujuk cucunya. Yelah mana sempat nak siapkan dalam masa seminggu dua. Asyraaf cucu lelaki tunggal dia mahukan yang terbaik untuk cucunya. Kalau boleh dia nak buat besar-besaran.

“ Nenek, yang penting nikah, saya takot Ain tukar fikiran, kami nikah je dulu, sanding tu kita buatla lambat sikit. Boleh ye ayah ibu,”. Asyraaf memujuk, mintak-mintak lah mereka setuju .” Kalau tak boleh tak pelah, lepas ni kalau Ain tak nak kawin dengan Asyraaf, Asyraaf membujang je sampai tua.   Takpe biar Asyraaf merana sorang diri.“ 

“ Yela yelah kita buat akad nikah dulu, Dua bulan lepas tu kita buat Acara sanding pulak. Nanti atok bincang dengan ustaz Amirul mintak tolong dia.” Sekian lama Atok mendiamkan diri hanya memerhati kini dia bersuara, dia melihat ada cahaya kegembiraan di wajah cucunya, biarlah kalau dia nak kawin cepat pun. Lagi pun benda baik tak baik di lambat-lambatkan

“ Abang mana boleh mcm tu, nanti orang cakap apa pulak, kawin tak sempat-sempat.”

“ Biarlah mulut orang bukan kita boleh tutup, yang penting cucu kita kawin, awak nak ke dia membujang sampai tua nanti”

“ Terima kasih Atok.. Sayang atok. Esok Asyraaf bawak dia datang sini. Ibu masak sedap-sedap eh”. Datin Aisyah menganggu, dia tersenyum melihat karena Asyraaf, anaknya itu Nampak gembira sangat. Takpelah biarlah orang nak kata apa pun yang penting anaknya bahagia. Asyraaf mencium pipi ibu dan neneknya kemudiaan meminta diri kebilik.

“Biarlah Pah, dah dia buat keputusan macm tu. Awak nak nanti kalau dia buat bukan-bukan . Dia mintak izin cara baik kita sebagai orang tua kene sokong lAin lah kalau dia buat jahat. Lagi pun saya Nampak ada cahaya kegembiraan dekat wajah dia tak sampai hati saya nak kata tidak.” Dato’ Ali Atok kepada Asyraaf, dia amat memahami Asyraaf. Selama ini di perhatikan Asyraaf terlalu sibuk dengan kerja sampai tiada masa untuk hidunya sendiri jadi biarlah dia kawin mungkin selepas ini cucunya akan berubah.

“ yelah mak biarkan jelah dia nak kawin kita ikutkan aje. Mak pun tahu Asyraaf tu macam manakan. Selama ni mana kita pernah dengar dia berbual pasal perempuan, keluar dengan perempuan pun kita tak pernah nampak. Saya sebenarnya tak sabar nak jumpa bakal menantu saya. Nak tengok bertapa hebatnya Ain tu sampai buat anak saya gila bayang macam tu sekali. Awak pun Aisyah terima sajalah kehendahk anak awak tu. Awak juga yang beriya-iya suruh dia kawin, sekarang dia nak kawin, kawinkan aje ye tak ayah”

“ Yelah. Awak ni, cakap saya je! Selalu siapa yang pening kepala takut Asyraaf tu tak kawin bukan awak ke?” Dahto’ Syafie hanya meyeringai mendengar kata-kata isterinya.

******************

No comments: