Friday, 24 June 2011

Takdir Menentu Segalanya (7)

Bab 7
Ain dibenarkan pulang setelah dua hari dia dirawat di hospital. Kesihatan Ain telah beransur baik tapi Asyraaf sebaliknya dia mengalami alahan yang teruk. Setiap pagi ada je bunyi muntah kedengaran di vila Dato Syafie tapi bukan Ain sebaliknya Asyraaf, sayang bini lah katakan.  Semua kaum keluarga gembira dengan berita kehamilan Ain.

Malam itu di Vila Cinta mengadakan doa selamat semperna kehamilan Ain dan kejayaan Syafira AsLina mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi dan Berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Ramai tetamu yang hadir, keluarga Dato’ Syafie terkenal dengan sifat pemurah malah mereka amat disenangi oleh penduduk kampung yang berhampiran kerana sifat yang peramah dan pemurah. Kawan-kawan bisnes Dato’ Syafie pun tidak ketinggalan menjayakan majlis kesyukuran ini. Tapi ada sorang kawan rapat bapa mertunya yang amat tidak disukai, entah kenapa dia merasa lain, padangan Dato’ Ikram terhadapnya amat merimaskan macam lelaki gatal. Dia kelihatan sorang yang bongkak dan sombong.

“Cantik betul menantu engkau Pie,kalau single lagi memang i dah ngap dulu dah”kata-kata itu mengundang rasa meyampah Ain kepada Dato’ Ikram. Kubur dah panggil mari pun masih nak mengatal. Tak hinggin Ain dengan lelaki tua macam tu.

“Itu anak i punya ok. Tak cukup-cukup lagi ke yang dah ada 3 kat rumah tu.Lagi pun kita ni dah tua-tua macam ni lebih baik buat amal ibadat.” Kawan dia sorang ni memang pantang tengok perempuan cantik sikit. Dah banyak anak gadis yang jadi mangsa. Di nasihatkan pun bukan nak dengar.

“Ala u ni  I belum nak mati lagi, masa ni lah kita nak enjoy time ada duit, kalau tak ada duit u ingat ada ke orang yang nak dekat.” Doto’ Syafie Cuma mengeleng kepala mendengar kata-kata kawannya.

“ U tahu Pie semalam i jumpa Rahman dia mintak tolong i, nak pinjam duit bayar duit along 100 ribu, banyak tu mana boleh I nak bagi suka-suka je. Tapi lepas berbincang i setuju bagi dia pinjam balasannya dia kene bagi ianak dia dekat I la.”

“AstrafirullAllah, bawak mengucap ikram, kita ni dah tua, bawak-bawak insaf. Dosa tau tak buat macam tu. Kesian anak dia tu jadi mangsa. Kalau nak tolong biarlah dengan ikhlas jangan harapkan balasan.” Mengucap panjang Dato’ Syafie mendengar apa yang dikatakan Dato’ ikram.

“Ala u ni jangan nak tunjuk baiklah dengan i. entah-entah u tu pun lebih teruk dari i. Dalah I nak balik.” Dato’ ikram berlalu meninggalkan Vila. Dalam hatinya ada perasaan marah terhadap dato’ Syafie. Kau jangan nak tunjuk baiklah dengan aku pie, nanti kau tahulah nasib kau macam mana nanti. Ada dendam dihati Dato’ ikram.
**************
Selesai kenduri, semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu, kata suaminya ada perkara penting yang mahu dibincangkan. Ain tertanya-tanya sendiri apa hal yang penting sangat yang nak bincangkan sampai tak boleh nak tunggu sampai esok. Entah kenapa hati Ain tak senang macam ada sesuatu yang akan berlaku. Ain pandang wajah semua ahli keluarga, tapi wajah iqbal dan mira muram , apa yang berlaku mereka bertengkar ke?.

“Maaf Ayah ganggu masa tido kamu semua. Ayah tahu kamu semua dah penat tapi rasanya perkara yang ayah nak bincangkan ni tak boleh di tangguh-tangguh lagi tak bergitu Abah.” Dato Syafie bertanya pada Dato’ Ali.

“Betul tu Atok rasa benda ni tak boleh ditangguh-tangguh dan kita kene berhati-hati banyak kemungkinan yang akan berlaku.”

“Perkara apa ayah, atok macam serius je bunyinya.” Asyraaf bertanya bagi pihak semua.

“Bergini kebelakangan ini ayah rasa keluarga kita tak selamat beberapa hari lepas ada kereta yang berlegar-legar di depan vila. Vila ini macam di intip ayah tak pasti siapa mungkin perompak. Semalam pulak rumah iqbal dimasuk orang.” Melopong Asyraaf mendengarnya. Biar betul kenapa dia tak tahu perkara ini.

“Betul tu tapi yang pelik tak ada apa yang hilang kecuali album gambar perkahwinan abang long dengan kak long. Itu yang membuatkan iqbal resah apa motif diorang kenapa hanya ambil album tu padahal banyak barang berharga yang lain.”

“Betul tu kamu kena berhati-hati Asyraaf, sekarang kita tak tahu apa motif sebenar mereka tapi yang pasti mesti ada kene mengena dengan keluarga kita dan mangsa utama mereka mesti kamu dan Ain.”

“Pantaslah kebelakangan ini ada kereta yang selalu ikut Lina, mula-mula Lina ingat perasaan Lina jek, sebab tiap kali Lina perasaan kereta tu, kereta tu mesti ubah haluan dia.” Lina meceritakan tentang kejadian yang kerap berlaku kebelangan ini. Ain hanya diam mendengar perkara itu tapi dalam hatinya dia merasa resah dan takut, adakah sejarah akan berulang lagi. Keresahan dan ketakutan jelas terpancar di wajah Ain malah Ain mengigil, Datin Aisyah perasan akan perkara itu.

“Isy kamu semua ni tengokkan Ain dah takut ia tak baik untuk kandungan Ain, Ain jangan risau ok.” Datin Aisyah memeluk tubuh menantunya, dia dapatkan rasakan tubuh Ain mengigil, agaknya Ain sangat takut. Tiba-tiba Ain menangis Air matanya berjurai-jurai membasahi pipi kenangan dulu terimbau kematian Abi dan Uminya mengusik dijiwa Ain. Ye kemalangan itu adalah punca dari hasad dengki dengan kebahagian keluarganya.

“Abi, Umi maafkan Ain!! Sebab nak selamatkan Ain Abi dan Umi terkorban.” Raung Ain

“Ain sayang!! sabar ye sayang, semua sudah ditentukan oleh Allah.”

“Tak Ain tak boleh, sebab Ain, Abi dengan Umi mati sebab nak selamatkan Ain. Abi da pesan Ain tak boleh keluar merayau sebab kebelakangan tu keluarga kami diekori dan sasaranya Ain. Tapi Ain degil, Ain keluar pergi rumah Sara dan akibatnya Ain kena culik. Abi dengan Umi yang baru pulang dari haji panic. Abi dengan Umi kemalangan, kemalangan sebab nak cepat selamatkan Ain. Walaupun Ain dapat diselamatkan tapi Abi dengan Umi tinggalkan Ain sendirian. Semua salah Ain, salah Ain, Ain benci diri Ain. Sebab Ain Abi dan ……” belum sempat Ain menghabiskan ayatnya.

Panggggg….. Asyraaf menampar wajah isteri kesayangannya.

“kamu ni kenapa Asyraaf bukanya nak dipujuk isterinya di tampar pulak.”Datin Aisyah memarahi Asyraaf
“Abang taknak dengar Ain cakap macam itu, sudah ajal mereka Ain tak boleh menyalahkan diri Ain, tak boleh benci diri sendiri paham.” Asyraaf duduk disebelah Ain tubuh isterinya ditarik kedalam pelukannya, baru dia tahu selama ini Ain menderita, selama ini dia Cuma tahu yang mertuanya meninggal akibat kemalangan jalan raya tapi sebenarnya ada kisah yang tersirat daripada peristiwa itu.

“Ain takut kalau kejadian itu berulang kembali. Ain takut kehilangan orang yang Ain sayang lagi. Semua orang yang Ain sayang semua tinggalkan Ain.” Mangkin erat pelukan Asyraaf dia ingin Ain merasa selamat berada disampingnya. Dia akan lindungi Ain walauapa pun yang akan terjadi.

“sudahlah jangan risau Ayah dah laporkan pada polis tentang kejadian ini, isyaallah semua akan selesai dengan segera. Cuma ayah harap kamu semua berhati-hati. Kalau boleh lepas urusan diluar cepat-cepat balik ke rumah. Kalau tak ada hal penting duduk saja dirumah, kamu pulak iqbal ayah rasa baik kamu sekeluarga pindah kesini duduk sini sampai semuanya selesai.”

Setelah berbincang semua Ahli keluarga masuk kebilik masing-masing. Asyraaf mengangkat tubuh  Ain ke bilik dia membaringkan Ain ke katil dengan berhati-hati agar Ain tidak terjaga, seketika tadi setelah di tenangkan Ain tertido di riba Datin Aisyah. Kesian sungguh isterinya hidupnya penuh dugaan. Ada luka yang dalam dihati isterinya.

“Sayang abang berjanji Abang akan rawat luka di hati sayang, abang akan selalu membahagiakan sayang.”Bisik Asyraaf di telinga isterinya sebelum dia pun lena disisi isterinya.

**************
Lebih kurang pukul 3 pagi Ain terjaga dari lenanya. Di tenung Asyraaf yang lena di ulit mimpi, entah kenapa hatinya bertambah sayang terhadap Asyraaf malah melebihi sayangnya pada Daniel. Ain merasa takut kehilangan Asyraaf takut jika dia kehilangan Asyraaf seperti dia kehilangan Daniel dulu. Teringan kejadiaan malam semalam, dia tak tahu kenapa dia tidak dapat mengawal perasaanya selama ini dia selalu kelihatan tenang tapi malam semalam hatinya betul-betul tak dapat di kawal. Pelahan Ain bangun ke bilik air, dia ingin menunaikan solat sunat. Ingin mengadu kepada Maha Pencipta.

Selepas menunaikan solat Ain duduk di beranda bilik, ingin menenagkan hati. Lama dia termenung memikirkan tentang perkara semalam. Dia pasti semua yang berlaku memang ada kene mengena dengan dirinya jadi dia harus berwaspada, Dia harus menjaga keluarga ini agar tiada siapa yang menjadi mangsa. Dia harus bertindak cepat. Perlahan di ke meja kerja di sudut kiri bilik memang sengaja dia minta suaminya menyediakan meja kerja untuk nya dikamar bilik senang jika ada apa-apa kerja yang perlu dilakukan. Dia on netbooknya harus menghantar pesanan melalui email.

To: Farhan
CC : Uncle Razak
Subject : Urgent

Dear Farhan,
Assalamualikum…
Maaf dah lama tak hantar berita. Ain dan suami alhamdullilah sihat.
Ada sesuatu yang penting yang Ain perlukan bantuan Farhan, harap Farhan masih sudi membantu..
Keadaan di Villa amat membimbangkan, Rasanya kejadian dulu akan berulang lagi. Tindakan harus diambil dengan kadar segera. Ain tak mahu ada lagi korban disebabkan dendam ini.  Rasanya mereka sudah tahu tentang Ain, dan Rasanya Peristiwa di Cherating dulu pun angkara mereka. Mereka tidak akan puas selagi apa yang mereka mahukan tidak mereka perolehi.

Ain tak mahu kehilangan keluarga ini, mereka terlalu baik untuk menjadi mangsa. Ain tak boleh tinggalkan keluarga ini memandangkan ain sudah berbadan dua. Anak ini hasil dari kejadian di cherating Ain bersyukur kerna Asyraaf sudi menerima ain dan anak dalam kandungan ini. Jika mereka tahu tentang kandungan Ain, Ain takut mereka bertindak lebih kejam. Kerna meraka tahu dengan hadirnya zuriat ini akan mengugat kedudukan mereka dan ia akan menjadi risiko yang besar dalam rancangan mereka

Harap Farhan dapat membantu, dan dapat melindungi semua ahli keluarga ini.

Yang keresahan,

Nur Qurratu’Aini ‘Abidah 


Selepas Ain hantar pesanan itu, dia baring disisi Asyraaf ingin menyambung tidurnya semula. Dan dia berdoa semoga Farhan dapat melindungi keluarga ini. Entah bila Ain terlelap, sedar-sedar Asyraaf mengejutkanya untuk solat subuh bersama.
**************

No comments: