Friday, 17 June 2011

Takdir Menentu Segalanya ( 2 )

Takdir Menentu Segalanya (2)
Bab 2.
                Malam itu Asyraaf tidak dapat melelapkan mata, terkebil-kebil memandahng siling bilik penginapan. Dalam fikiranya sarat dengan pelbagai perkara. Nur Qurratu’Aini ‘Abidahh  nama wanita yang dia tiduri, cantik secantik orangnya. Asyraaf terbayang-bayang akan wajah wanita itu, tangisanya, kemarahannya, jeritannya. Kenapa hati ini resah gelisah, tidak dapat melupakan wajah wanita itu walaupun sesaat, jatuh cinta ke dia. Tak mungkin dia jatuh cinta,mungkin kerna rasa bersalahnya  yang menebal membuatkan dia tidak dapat melupakan wanita itu.

                Asyraaf bangun menuju ke bilik air ingin mengambil wuduk, ketika ini hanya DIA yang dapat membantunya. Hanya DIA tempat mengadu moga DIA memberi pertunjuk kepada Asyraaf. Lama Asyraaf bertakaful di atas sejadah. YA ALLAH YA TUHANKU aku memohon kepadamu berikanlah aku pertujuk bagi menyelesaikan masalah ini. Sesungguhya hanya padamu aku memohon, Ampunilah diri ini di atas keterlanjuran yang tidak aku sedari sesungguhnya aku tahu besarnya dosa yang telah aku lakukan dengan berzina lebih besar dahri dosa seorang pembunuh. YaALLAH ku mohon engkau lindungilah aku dari Azap api neraka. Sesungguhnya engkau Maha penyayang lagi MAHA pengampun.

Selesai menunaikan  Solat tahajjud dan istikharah, Asyraaf masih tidak dapat melelapkan mata. Hatinya mengatakan yang dia harus bertanggungjawab terhadap Ain, lelaki mesti berani itu yang selalu papa bagitahu kepada Asyraaf, jangan takut untuk mengaku kesilapan dan harus menjadi lelaki yang bertanggungjawab.
Ain di bilik sebelah juga tidak dapat melelapkan mata. Dia masih menagis memikirkan kemungkinan yang terjadi terhadap dirinya, jika dia mengandung apa yang akan terjadi pada dirinya sanggup ke lelaki itu bertanggungjawab terhadap dirinya sedangkan lelaki itu tidak patut di salahkan. Ketika ini Ain amat merindui keluarganya, Umi , Abi maafkan Ain. Ain bersalah, Ain tidak menjaga kesucian Ain dengan baik, Ain telah melakukan dosa. Ain memalukan umi dan abi. Maafkan Ain. Umi, Abi apa yang perlu Ain lakukan, bantulah Ain Umi.
*************
                Pagi itu dengan tekat dihati Asyraaf mengetuk pintu bilik Ain, ingin memberitau tentang keputusannya kepada Ain. Semalaman dia memikirkannya dengan pertunjuk Dari Allah dia pasti keputusan ini terbaik untuk dia berdua. Lama baru Ain membuka pintu.

“Maaf, boleh kita duduk berbincang sebentar Cik Ain?” Ain memandang Asyraaf dengan pandangan yang pelik. Bagaimana lelaki di depannya tahu namanya sedangkan dia langsung tidak tahu nama lelaki itu.
“ Cik Ain, dengar keapa yang saya cakapkan” Tanya Asyraaf.

“Boleh-boleh, awak tunggu saya dekat café, sekejap lagi saya datang” pinta Ain pada Asyraaf dia perlu bersiap dahhulu.
“ Saya rasa kita jumpa di tepi pantai, rasanya di sana lebih sesuai”. Asyraaf tidak mahu berlaku kekecohan di café, lebih baik jauh dari orang ramai senang sikit nak berbincang, kot nanti Ain nak mengamuk biarlah tiada yang tahu malu siot nanti. Ain mengangguk tanda setuju

“Assalamualaikum!! Ada apa nak jumpa saya ni”. Asyraaf tersentak, terkejut kerna ketika tadi dia sedang berhayal entah apa yang di fikirkan.

“Tentang kejadian hari tu saya rasa kita kene berbincang. Saya dah buat keputusan, kita kawin.” Terlopong Ain mendengar kenyataan yang Asyraaf cakap. Biar betul budak ini ajak Ain kawin, perlu ke Ain kawin dengan dia. Tapi Ain tak kenal dia. Ain tak cintakan dia mana boleh Ain terima. Apa kata Daniel nanti, mesti Daniel fikir Ain curang dengan dia. Tapi kalau Ain mengandung macam mana pulak takkan nak biarkan anak ini tidahk berayah.
“Ain saya rasa ini keputusan terbaik untuk kita berdua. Saya tahu Ain tak kenal saya, tak cintakan saya, tapi Ain kene fikir kalau Ain mengandung macam mana? Anak tu anak saya jugak, saya takkan biarkan dia tak berayah itu darah daging saya, saya harus bertanggungjawab terhadap dia dan awak jugak. Kita dah melakukan dosa walaupun ia berlaku diluar jangkaan kita tapi kita kene terima dengan redah. Saya tak nak jadi lelaki dayus dengan meninggalkan Ain sedirian, saya kene bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan.” Ain masih diam tapi sedikit sebanyak kata-kata Asyraaf membuatkan Ain rasa terharu, Ain terfikir masih ada lagi ke lelaki yang baik seperti Asyraaf.

“Ain, cakap sesuatu please, saya perlu tahu apa yang ada di hati Ain. Ain kene luahkan, Saya tahu Ain juga serabut memikirkan perkara inikan.” Perlahan Asyraaf genggam tangan Ain mungkin ingin memberi sedikit kekuatan terhadap gadis disebelahnya ini.

“Kalau Ain tak mengandung macam mana?.”Setelah sekian lama berdiam Ain meluahkan apa yang di fikirkan seketika tadi kepada Asyraaf. 

“Kita kawin dulu, keberangkalian Ain mengandung tinggi, kalau kita tunggu lebih lama orang akan tahu, saya risau Ain. Pandangan orang sekeliling nanti macam mana. Kalau lepas kita kawin Ain tak mengandung dan tak bahagia dengan saya dan tidak dapat meneruskan perkahwinan ini saya akan lepaskan Ain jika itu yang Ain mahukan.” Asyraaf  merenung Ain minta pengertian. Keberangkaliaan Ain mengandung sangat tinggi ia tidak boleh dijangkan, dia tak nak anaknya nanti menderita. Seboleh-bolehnya dia mahu melindungi Anaknya, takkan sesekali anaknya di biarkan menderita dengan gelaran seperti Anak luar nikah. Lagipun dia perlu menjaga maruah Ain. Tahu sajalah masyarakat sekarang.

“Tapi mampu ke kita bahagia dengan perkahwinan ini, saya tak nak awak rasa terpaksa dengan perkahwinan ini. Perkahwinan bukan satu  permainan. Kita tidak pernah kenal sebelum ini, bagaimana kalau kita gagal . kita tidak saling mencintai”

“ kasih sayang kita boleh dipupuk. Selagi ada rasa tanggungjawab terhadap pasangan masing-masing. Selagi ada rasa hormat menghormati isyaAllah kita mampu bahagia. Ain kita kene cari bahagia itu bersama, kita yang akan mencorakkan kehidupan kita, bagaimana corak kehidupan kita, kita yang akan tentukan. IsyaAllah Allah akan bantu kita menuju jalan yang diredahi” Air mata Ain mengalir, Asyraaf kesat Air mata itu dengan telapak tangannya.

“Ain kita kawin ye?” Ain hanya mengangguk. YaAllah kalau ini memang jodohku engkau bukakanlah pintu hatiku untuk menerinya kelak. Asyraaf tersenyum, dia Berjaya memujuk Ain untuk berkahwin dengannya…

“Dah jangan menagis lagi. Kalau boleh saya nak kita kawin dalam masa seminggu dua ni. Lagi cepat lagi baik. Nanti Ain bawak saya jumpa dengan mak ayah Ain ye”.

“Umi dan Abi dah meninggal 8 tahun dulu. Akibat kemalangan,”

“Maaf saya tak tahu, kalau macam tu dengan siapa saya nak jumpa bagi membincangkan perkahwinan kita” Tanya Asyraaf, dia melihat ada rasa sayu di mata Ain. Rasa menyesal kerna membangkitkan hal mak ayah Ain. Rasa bersalah kerna membuat Ain bersedih.

“Saya tak ada sesiapa lagi, Umi dah Abi saya tak ada adik beradik lain, nenek dan atuk plak dah meninggal masa saya kecil.”

“Tak apa nanti saya uruskan. Jangan la sedih lepas ni keluarga saya akan jadi keluarga Ain.”

************

No comments: