Bab 6
Asyraf di kejutkan dengan berita yang isterinya dimasukkan ke hospital, kerisauan menghantui Asyraaf takut jika berlaku apa-apa terhadap isterinya. Kenapa dia tak peduli akan kesihatan isterinya sepatutnya dia bertegas untuk tidak membenarkan isterinya keluar bekerja dah sepatutnya sebagai suami dia hantar isterinya ke klinik tapi dia lebih memilih kerja dari isterinya. Suami apakah dia yang sanggup mengabaikan isteri yang sedang sakit. Dia sampai di hospital pakar putri kira-kira 20 minit selepas mendapat berita tentang isterinya. Kelihatan ibu dan neneknya sedang duduk diruang menunggu.
“Bu, macam mana keadaan Ain?” Ibunya hanya memandang wajah Asyraaf, dia tak tahu jawapan apa yang harus diberikan pada soalan itu.
“Bu kenapa diam ni? Nenek ,Ain macam mana doctor cakap apa?” Asyraaf bertanya pada Datin Syarifah apabila Datin Aisyah tidak menjawab soalannya.
“nenek tak tahu, kawan yang hantar Ain tadi cakap, Ain pengsan tak sedarkan diri ada darah yang mengalir di celah kakinya. Kata doktar keadaan Ain amat membimbangkan.”
Ya Allah selamatkan lah isteri aku, Aku mohon jangan Engkau ambik dia secepat ini Ya Allah. Doa Asyraaf didalam hati rasa menyesal bertimpa-timpa di dalam hati kerna mengabaikan isterinya itu. Kelihatan doctor keluar dari bilik kecemasan, Asyraaf berlari akan mendapatkan doctor mudah itu. Doktor itu amat di kenali rakan yang sama menuntut di London dulu Cuma berlAinan bidang.
“Fahmi macam mana dengan isteri aku? dia tak apa-apakan? Penyakitnya tak serius kan?” Fahmi memandang Asyraaf dengan senyuman di bibir. Eh Fahmi ni sekali aku debik karang baru tahu. Aku dok risau pasal Ain di boleh senyum je bukan nak jawab soalan aku.
“Maaf aku tak dapat ubati penyakit isteri kau, penyakit dia amat kritikal dan akan semakin kritikal. Dia kena buatan orang, maafkan pihak aku sudah berusaha sehabis mungkin untuk selamat kan isteri kau …….. blah…….blah….” Asyraaf dah tak dapat dengar lagi apa yang di katakana oleh Fahmi. Hatinya ingin meraung memanggil nama isterinya. Hatinya pedih, kenapa tinggalkan abang sayang belum sempat abang luahkan isi hati abang pada Ain, abang sudah benar-benar jatuh cinta pada Ain. Kenapa begini berakhirnya cinta kita Ain. Abang mintak maaf kerna gagal membahagiakan Ain, maafkan Ain sayang, abang mungkir janji pada Ain.
“Asyraff!! Asyraaf are you ok? Kau dengar tak apa aku cakap ni.” Asyraaf pandang muka fahmi, dah lencun pipinya dengan air mata.
“Fahmi kau tolong selamatkan isteri aku, tak kisah berapa kosnya aku akan tanggung tapi tolong selamatkan isteri aku fahmi, aku tak sanggup kehilangan dia. Dia wanita pertama Berjaya mengetuk pintu hati aku. Aku tak sanggup kehilangan dia. Aku akan mati jika itu belaku.” Asyraaf menjerit-jerit meminta fahmi meyelamatkan isterinya
Pang!!!!! Satu tamparan diberikan fahmi kepada Asyraaf. Itu saja cara untuk meyedahrkan Asyraaf dari terus hysteria macam tu.
“Apa yang engkau merepek ni ha, tulah tak nak dengar cakap aku sampai abis, penyakit isteri kau tu berpunca dari engkau.” Asyraaf dah terpinga-pinga tak faham dengan bicara sahabatnya itu.
“ Isteri kau mengandung, lebih kurang 5 minggu ke 6 minggu usia kandungan nya.” Asyraaf tercengang tak percaya dengan apa yang didengar dari mulut sahabatnya.
“Apa kau cakap?”
“Ya Allah Budahk ni, Fahmi cakap yang tak lama lagi Asyraaf nak jadi papa, ibu pulak akan jadi nenek” ibu mengoncang badan aku, mungkin untuk meyedarkan aku. Aku Cuma tayang gigi macam nak buat iklan colgete.
“Dan nenek pulak akan jadi moyang, dah lah jom Aisyah kita pergi tengok Ain.” Nenek menarik tangan ibu mungkin tak sabar nak tongok menantu kesayangan.
“Tahniah Asyraaf tak sangka secepat ini, tak lama lagi aku dapat anak angkat lah gamaknya. Kuat jugak kau ni, dahlah aku pergi dulu” kedengaran fahmi ketawa kecil mungkin geli hati dengan kata-katanya sendiri dan berlalu pergi tinggalkan Asyraaf sendirian di situ.
Asyraaf berkira-kira kalau usia kandungan Ain 5-6minggu pasti itu anak asil daripada kejadian itu. Asyraaf lega kerana dia sempat menyelamatkan anaknya dari dapat gelaran Anak luar nikah, tak sia-sia dia merayu pada keluarganya untuk menikahkan kami dengan secepat mungkin kalau tak mungkin rahsia ini akan terbongkar.
**************
Asyraaf masuk ke bilik dimana isterinya ditempatkan, dia duduk di kerusi yang disediakan di sebelah katil Ain, di lihat wajah isterinya mungkin lena dibuai mimpi. Perlahan tangannya mengusap perut Ain. Anaknya hasil dari malam itu, malam dimana membawa kepada perkahwinan ini. Bibirnya mengukir senyum teringat rajuk isterinya pagi tadi. Patutlah kebelakangan ini Ain semakin sensitive sedangkan dulu Ain tak bergini, dia seorang wanita yang tenang sering meyembunyikan perasaan sendiri. Kadang-kadang dia merasa yang Ain tak sayangkan dia, Ain Cuma melayannya kerna ingin menjalankan kewajipannya sebagai isteri tak seperti dia yang sudah mencintAinya setulus hati malah cinta ini makin dalam.
“Baby, maaf baba tak tahu yang baby dah ada dalam perut umi, maaf sayang kalau jadi apa-apa kat baby dan umi tadi baba takkan maafkan diri baba.” Tanpa Asyraaf sedahr kata-katanya didegari oleh Ain. Rasa bersalah mengebu di hati Ain, kerna dia Suaminya mengalirkan air mata dia tak berniat untuk membuatkan Asyraaf bersedih.
“Abang!!! Maafkan Ain, Ain tak berniat nak menyusahkan abang.”perlahan Ain genggam tanggan Asyraaf.
“Jangan cakap macam tu, Abang yang sepatutnya mintak maaf dengan Ain. Abang tak jaga Ain dengan baik sampai Ain sakit bergini.”
“Ain tak apa-apa, Cuma tadi Ain pening sebab tu pitam mungkin sebab cuaca panas.” Ain taknak Asyraaf rasa lebih bersalah kalau dia tahu yang punca Ain pengsan adalah kerana tekanan.
“Abang janji abang akan jaga Ain dengan anak kita, abang janji abang tak akan abaikan Ain lagi.” Tergelak kecil Ain melihat Asyraaf berjanji macam kanak-kanak persisnya siap angkat tangan, macam nak berikrar, dengan wajah yang comel, sesiapa yang melihat pasti ketawa.
“Comellah abang buat mcm ni, macam kartun sin chan.”Asyraaf tergelak ada ke Ain cakap dia macam sin chan. Dia cubit manja hidung isterinya.
“Pandahi eh, cakap abang macam tu.”
“Abang!!!!.”Ain memangil suaminya, wajahnya berkerut tandah diamenahan sakit, Asyraaf tak keruaan Ain sakit ke?.
“Kenapa sayang, sayang sakit ke? Abang panggil doktar eh?”Asyraaf kalut.
“Sayang lapar, nak makan.”Suaranya dilunakkan manja. Asyraaf tergamam, Ya Allah dia ni aku ingatkan dia sakit rupa-rupanya lapar.
“Ish sayang ni, main-mainkan abang eh, sayang nak makan apa nanti abang belikan.”
“sayang nak makan bubur ayam+kangkung belacan+sambal kicap pedahs-pedahs.”
“sayang mana abang nak carik, bubur ayam adalah kat hospital ni tapi nak cari kangkung belacan+sambal kicap pedahs-pedahs.” Jawab Ain sambil menelan air liur. Terliur dengan menu yang di minta. Asyraaf mengangguk. Dia cium dahi Ain sebelum berlalu ke keluar.
**************
Dah seluruh pelosok kedai di Tanya tapi masih tak jumpa menu yang diminta isterinya, Asyraaf tak tahu dimana lagi yang harus di cari. Yelah mana nak cari menu tu malam-malam buta ni dah hampir pukul 2 pagi. Ada satu kedai tu pun dah abis dijual. Lama Asyraaf termenung akhirnya dia buat keputusan untuk membelikan Ain tomyam campur dan nasi serta 10 cucuk sate daging. Ketika menunggu pesananya siap Asyraaf telefon ibunya di rumah. Asyraaf dah tak kisah ibunya nak marah-marahlah tapi pemintaan isterinya harus di tunaikan.
“Assalamualikum ibu,”
“waalaikumsalam kenapa Asyraaf ada apa-apa berlaku kat Ain ke? Ain tak apa-apakan?” belum apa-apa dia dah di serbu dengan perlabai soalan. Kenapalah dengan ibunya ni kalut semacam tahulah sayangkan menantu.
Datin Aisyah dirumah tak senang duduk, panggilan dari anaknya membuat hatinya risau, mau taknya Asyraaf telefon pukul 2 pagi. Risau memikirkan menantu dan cucunya, takut ada apa-apa berlaku pada Ain.
“Ibu cuba bertenang, Ain tak apa-apa, Asyraaf call ni Cuma nak mintak tolong.” Asyaraf cuba menenangkan ibunya.
“Alhamdulillah, ibu ingat Ain kenapa-napa tadi, Asyraaf nak ibu tolong apa sayang, nak ibu datang sana temankan Ain ke?” dalam fikiran datin Aisyah mungkin Asyraff penat jadi minta dia menemani menantunya.
“Bukan macam tu, Ain dia mintak nak makan bubur ayam, Asyraaf dah cari tapi kat sini tak ada. Ingat nak minta ibu masakkan pagi nanti.”
“Ohhhhh. Boleh sayang nanti ibu masakan untuk menantu ibu tu. Biasalah Asyraaf orang mengandung ni memang banyak ragam, mengidahm nak makan macam-macam kamu kene lah sabar sikit.”
“terima kasih Bu.., tapi bu jangan lupa kangkung belacan dengan sambal kicap pedas-pedas itu menu yang menantu kesayagan ibu mintak.”
“Yelah nanti ibu buatkan. Kamu jaga Ain jangan bagi dia bergerak sana-sini dia belum sihat sepenuhnya tu” Pesan datin Aisyah kepada anak lelaki tunggalnya.
**************
Satu jam berlalu suaminya masih belum muncul perutnya dah mula bernyanyi minta segera di isi. Asyraaf ni pergi beli bubur ke masak bubur. Sabarlah baby umi tahu baby lapar tapi nak buat macam mana babah baby tak balik lagi. Sedang aku merungut sedirian kedengaran pintu bilik di buka dari luar, terjojol wajah suami ku dengan sengihan yang menyakitkan hati, Ain yang kelaparan mengetap gigi tandah geram kepada Asyraaf.
“Maaf sayang abang lambat, sayang dah lama sangat ye?” melihat wajah Ain, Asyraaf tahu Ain tengah marah, tapi nak buat macam mana dia dah pusing satu johor cari bubur punya pasal.
“Yelah-yelah, Ain maafkan. Abang ada tak bubur yang Ain nak tu?” Tanya Ain tidak sabar. Dia dah terliur-liur nak makan bubur ayam tu.
“Maaflah sayang, abang dah cari semua tempat yang abang tahu tapi tak adalah. Tapi abang ada belikan tomyam dengan sate tentu sayang suka, sedap ni.” Jawab Asyraaf dengan rasa sebersalah, bukan dia tak perasan wajah kecewa isterinya.
“Maaf ye sayang, tapi sayang jangan risau abang dah mintak ibu masakkan untuk sayang. Jangan lah sedih ye.” Asyraaf memujuk Ain dengan lembut takut kalau hati isterinya terguris yelah perempuan mengandung ni sensitive sikit eh bukan sikit tapi banyak.
“Erm takpe lah, tak ada rezeki agaknya. Tapi abang tak payahlah menyusahkan ibu, mesti ibu penat.” Kalau boleh dia tak nak meyusahkan ibu mertuanya, nanti apa pulak orang kata.
“Takpe ibu tak kisah pun, Sayangkan menantu perempuan tunggallah katakan.” Asyraaf mengusik.
Asyraaf menghidangkan makanan yang dibelikan untuk Ain. Berselera betul Asyraaf tengok Ain makan, mereka makan bersama siap main suap-suap lagi. Kalau orang tengok mesti mereka fikir yang perkahwinan Asyraaf dan Ain berlandaskan Cinta.
**************
Pagi itu Ain dijamu dengan bubur ayam yang dimasak oleh ibu mertuanya sungguh berselera Ain menjamu makan tersebut. Asyraaf yang memandang hanya tersenyum, kuat betul isterinya makan. Habis licin sedikit pun Ain tidak pelawa Asyraaf makan. Segelas milo suam Asyraaf berikan kepda Ain.
“Sedap?” datin Aisyah bertanya pada menantunya. Gembira sungguh dia melihan Ain menjamu selera. Teringat ketika di mengandungkan Asyraaf, dia seperti menantunya kuta makan ada sahaja yang diingini. Sampai penat suaminya melayan karenanya. Apa yang diingin mesti dapat kalau tidak memang nahaslah suaminya dia kerjakan.
“Sedap pandai Ibu masak! Terima kasih sebab susah-susah masakkan Ain bubur.” Ain memengan tangan Datin Aisyah lalu diciumnya tanda terima kasih dan dia amat menghargainya.
“Sama-sama, lepas ni apa yang Ain nak makan cakap dengan Ibu nanti ibu masakkan.” Di usap kepala menantunya entah kenapa sejak pertama kali bertemu dengan Ain dia amat menyenangi menantunya itu.
“Seronok tak sabar Lina nak timang anak buah baru, kali ni lina nak luangkan masa dengan kak Ain, biar lina yang jadi bodyguard kak Ain. Dulu masa kak mira mengandungkan akim lina sibuk belajar kali ni lina tak akan lepaskan peluang.” Ain tersenyum dengan gelagat lina, memang suaminya pernah cerita masa mira mengandung dulu lina sampai nak cuti belajar sebab nak jaga mira seronok bila nak dapat anak buah tapi ditentang hebat oleh bapak mertuanya.
“Ok sebab lina pun dah habis belajar Ayah benarkan Lina jaga kak Ain, Jadi lina boleh bercuti sampai kak Ain lepas pantang. Lepas tu Lina kena tolong abang Asyraaf dekat ofis boleh?”
“Yes….! Thank You ayah. Lina janji lina akan jadi bodyguard yang terbaik untuk kak Ain.” Terlonjak-lonjak Lina dah macam monyet dah.
“Habislah Ain lepas n, kemana Ain pergi mesti diekori.”
“Takkan Ain ketaska pun Lina nak ikut?”
“kalau boleh apa salahnya. Tapi macam tak elok pulak ikut akak pergi kerja, lina Cuma teman akak kat rumah dan jalan-jalan dab tolong akan siapkan keperluan baby je! bolehkan kak?”
“Boleh sayang.”jawapan Ain dibalas dengan ciuman did kedua-dua pipi Ain. Lina sungguh gembira mendengar jawapan kakak iparnya.
1 comment:
Best..teruskan berkarya...
Post a Comment