Friday, 17 June 2011

Takdir Menentu Segalanya ( 4 )


Takdir Menentu Segalanya (4)
Bab 4

“ YA ALLAH , Ya Rahman, Ya Rahim . Kau tabahkanlah hati hamba-MU ini. Kuatkanlah iman Ku dalam menjalani liku-liku kehidupan. Engkau berilah diriku pertujuk dan sinarilah aku dengan cahaya suciMU Ya ALLAH. Sesungguhnya Engkau Maha Besar Lagi Maha Penyayang. YA ALLAH Ampunilah dosa Hamba-Mu ini Ya ALLAH , Sesungguhnya telah banyak dosa yang telah aku lakukan. Ampunilah dosa Kedua Ibu bapa ku, Tunangku Daniel dan kedua ibu bapanya. Engkau letakkanlah mereka kedalam syurga-MU Ya ALLAH. Sesungguhnya Engkau Maha Adil Lagi Maha Pengampun. YA ALLAH jangan sesekali engkau biarkan aku berpaling dahri-MU hanya kerana  dugaan yang telah engkau berikan kepadaku sebaliknya engkau dekatkan lah aku kepada diriMU dan kuatkan iman ku dahlam menghadapi dugaan dahriMU. Sesungguhya yang baik datangnya dariMU dan yang buruk itu datang dari diriku. YA ALLAH jika dia memang jodoh ku engkau permudahkanlah perkahwinan ini. Lindungilah kami dari sebarang musibah. Sesungguhnya kami ingin perbetulkan kesilapan yang telah kami lakukan. Ampuni kami YA ALLAH.”

Berjurai Air mata Ain. Hatinya kian lega setelah dia meluahkan apa yang terbuku dihatinya kepada Kekasih sejatinya. Hatinya kian tenang dan dapat menerima semua ini dengan hati yang reda sesungguhnya Takdir Menentu segalanya. Mungkin telah tertulis di Roh Mahfus jodoh ku dengannya. Selepas siap bersolat Ain bersiap Malam ini buat pertama kalinya dia akan bertemu dengan keluarga Asyraaf, dia berharap keluarga Asyraaf dapat menerimanya. Di dalam kereta hati Ain berdegup dengan kencang takut untuk bertemu keluarga Asyraaf.

“ Takut?” Ain memandang wajah Asyraaf

“ Erm Saya risau dengan menerimaan keluarga awak,”. Asyraaf faham perasaan Ain kalau dia ditempat Ain dia pun akan berperasaan seperti itu. Insyaallah Allah akan bantu mereka, dan di percaya keluarganya pasti dapat menerima Ain dengan baik.

“ Jangan risau, isyaallah keluarga saya mesti suka dekat Ain,”

Hati Ain bertambah resah bila kereta yang mereka naiki masuk ke sebuah rumah yang sangat besar dan cantik. Ini ke rumah keluarga Asyraaf. Asyraaf ni anak orang kaya ke dia bertambah risau. Boleh ke keluarga Asyraaf menerimnya yang serba kekurangan. Perlahan dia melangkah, tiba di ruang tamu semua orang melihat dirinya tanpa berkelip, dia orang ni tak pernah tengok orang ke? Hati kecil Ain berkata.

“ kenalkan Nur Qurratu’Aini ‘Abidah  binti Muhamad Q’ayyum. Ain yang ini semua keluarga saya, ini ibu saya Datin Aisyah, Ayah saya Dato’ Syafie, Atok saya Dato’ Ali, Nenek saya Datin Syarifah dan yang berempat ni adik-adik perempuan saya Syafira Amira, Syafira Asrina, Syafira Asmidah dan Syafira Aslina. Yang ini pulak Iqbal suami mira dan yang kecil comel ni anak sedara abang Mohd Iqmil Hakim.” Ain salam dengan semua yang diperkenalkan kepadanya Cuma tangan Iqbal rasanya tidak perlu kot.

“ Jadi ini lah Ain yang buat anak ibu tak sabar-sabar nak kawin, patut lah dia tak sabar ye bang rupanya menantu ibu ni cantik orang nya” Ain tersipu malu mendengar pujian dahri Datin Aisyah.

“Kakak ni antiklah, nak awin gan akim nak tak macam mama gan papa” kata-kata akim membuatkan semua yang ada tergelak. 

“Akim mana boleh kawin dengan kak tu, itukan bakal isteri Pak long bermakna mak long akim lah.” 

“Ala kakak jangan la kawin dengan Pak long, Pak long tak encem, akim lagi encem” Ain hanya tergelak kecil petah betul si kecil ni berkata-kata.

“ Dah Dah kamu ni kecil-kecil dah pandai mengurat anak dara orang, tak padan umur tu baru 3 tahun, mari kita makan lepas ni boleh borak lagi, mari Ain” Nenek menarik tangan Ain mengajak melangkah bersama ke meja makan. Mata Ain terbeliak banyaknya makanan macam nak buat kenduri. Penuh satu meje.

“ Jangan malu-malu mari makan Ain, Asyraaf ambikkan Ain lauk.” Datin Aisyah menyuruh. 

“ Ain nak lauk apa, Ayam ni nak” Asyraaf meletakkan sekutul Ayam rempah di pinggan Ain. Mereka semua makan dengan meyelerakan sekali. Lauk yang dihidangkan memang sedap hasil tangan Datin Aisyah yang terkenal dangan kepadaian memasak. Semua masakannya sedap-sedap belaka.

“ Ain ambik lah lauk lagi, banyak ni ibu masak. Takkan nak makan ayam dengan ulam tu aja.” Datin Aisyah menegur bila dilihat bakal menatunya itu hanya makan ayam berempah dengan ulam dan sambal belacan sahaja.

“ tak pe datin ini pun dah cukup. Saya memang gemar makan ulam-ulaman dengan sambal belacan.”

“ eh panggil ibu, tak lama lagikan Ain akan jadi menantu ibu jugakkan.”

Selepas makan mereka berborak-borak sambil minum kopi. Ain besyukur sangat kerana keluarga Asyraaf dapat menerimanya dengan seadanya. Keluarga Asyraaf semua baik-baik belaka. Teletah Akim sering membuat Ain ketawa. Angka 11 malam Ain meminta diri untuk pulang. Hari pun dah jauh malam. Asyraaf menghantar Ain sebelum pulang keruamah Asyraaf mengucapkan terima kasih dengan Ain kerna sudi menjadi isterinya dan berjanji akan membahagiakan Ain.

**************
                Hari yang ditunggu-tunggu genap seminggu kejadian di cherating Ain dan Asyraaf di ijab Kabul kan hanya dengan sekali lafaz. Semua keluarga Asyraaf meraikan hari bahagia ini dengan gembira terpancar cahaya kegembiraan di wajah ibu bapa Asyraaf. Umi Abi jika kalian masih hidup tentu kalian juga berbahagia seperti mereka. Daniel jika awak masih hidup tentu hari ini adalah hari bahagia kita kan. Daniel maafkan Ain, Ain langgar janji Ain untuk setia, tapi percayalah Daniel mempunyai tempat yang istimewa dahlam hati ini. Ain akan kenang cinta kita hingga Akhir hayat ini. Daniel doakan kebahagiaan Ain percayalah cinta Ain pada Daniel tak akan pudahr. Ain menunaikan solat syukur dia ingin beterima kasih kepada ALLAH kerna perkahwinaannya dapat berjalan dengan lancar. Ketika berdoa Asyraaf masuk kebilik di lihat Ain sedang berdoa. Berdoa agar perkahwinan kami bahagia. Hati Asyraaf tenang melihat Ain dia tahu keputusan yang telah lakukan adalah keputusan yang betul. Dia berterima kasih kepada ALLAH kerna memberi dia seorang isteri yang baik dan soleha. Walau dia hanya baru mengenali Ain tapi dia dapat rasakan Ain adalah insan yang sangat baik. 

                “Ain duduk sini sayang abang nak cakap sikit” Asyraaf besuara bila melihat Ain telah selesai bersolat. Hanya hanya mengikut suruhan Asyraaf. Asyraaf pengang pipi Ain agar memandang wajahnya.

                “ Terima kasih kerna sudi menjadi isteri abang. Abang tahu perkahwinan kita bukan atas dasar cinta tapi itu tidak bermakna kita tak boleh bahagia. Insyaallah Abang akan membahagiakan Ain. Abang harap Ain dapat menerima abang tapi abang tak akan paksa abang akan bagi masa untuk Ain menerima Abang. Ain abang bukan lah lelaki yang sempurna banyak kekurangan tapi abang akan cuba jadi suami dan ayah yang terbaik untuk Ain dan bakal anak-anak kita.” Mengalir Air mata Ain mendegar kata-kata suaminya. Perlahan Asyraaf mencium embun-embun Ain. 

                “ syhhhhhhhhhh!!! Jangan nagis sayang, Abang tak nak Ain bazirkan Ain mata Ain. Lagi pun bila Ain nagis muka Ain buruk dah tak cantik dah isteri abang ni” Ain mencubit lengan tangan Asyraaf, dan Asyraaf hanya ketawa gembira. Nampaknya Ain boleh dibawak bergurau.

                “ Terima kasih jugak pada abang sebab sanggup bertanggugjawab pada Ain walau Ain tahu semua itu bukan kesilapan abang. Ain …..” Asyraaf meletakkan tangannya di mulut Ain tak mahu isterinya mengungkit kisah dulu.

                “ Sudah sayang jangan di ungkit kisah lalu. Abang mahu kita mulakan hidup baru bersama dengan anak yang bakal lahir ini.” Asyraaf mengusap perut Ain entah kenapa perasaan dia sangat pasti yang ada benih sedang bercambah di dahlam perut isterinya walau hakikatnya tiada tandah-tandah yang Ain mengandung.

                “Abang ada sesuatu yang Ain ingin katakana., Ain harap Abang paham dan dapat menerimanya.” Ain pandang Asyraaf pinta pengertiaan, banyak rahsia tentang dirinya yang belum mampu dia ceritakan kepada Asyraaf. Selagi dia tak dapat cari dahlang disebalik kematian kedua ibu bapanya, tiada siapa pun yang perlu tahu siapa dia sebenarnya. Dan tentang kejadaian di cherating, dia tahu ada sesuatu yang tak kena mustahil kejadian itu belaku kalau tiada dahlangnya. Mustahil mereka berdua tidak sedahr apa yang telah terjadi malam itu. Mesti apa sesuatu yang tak kena dan dia kena siasat. Dia tahu rancangan itu adalah untuk menjatuhkan dia, dia harus berhati-hati  dan menjaga keluarga ini dengan sebaik mungkin.

                “ Abang sayang tahu dahlam rumah tangga kita tak boleh ada rahsia, tapi ada sesuatu yang sayang tak boleh bagi tahu abang, rasanya belum tiba masanya untuk abang tahu, jadi sayang harap abang paham dan memaafkan sayang kerna terpaksa merahsiakan perkara ini dahri pergetahuan abang. Bila tiba masanya sayang akan bagi tahu abang dan bila masa itu tiba sayang janji tiada rahsia lagi antara kita. Dan jika andahi suatu masa ada sesuatu yang menganggu fikiran abang dan ada perkara yang abang ketahui sayang harap abang tanyalah sayang dahulu agar tiada persengketaan antara kita di kemudian hari”. Di dahlam hati Ain berharap Asyraaf faham dan tidak akan salah anggap terhadap dirinya.

                Asyraaf kebinggungan rahsia apa yang Ain simpan sehingga dia tidak boleh tahu. Penting sangat ke rahsia itu, Atau sebenarnya dia yang rancang tentang ketelanjuran kami dulu. Ahhh Asyraaf kau tak boleh berburuk sangka. Mustahil Ain sanggup mengadaikan maruahnya. Kau kene berfikiran positif Asyraaf, Positif. Lama baru Asyraaf mengangguk tandah dia memahami dan terima apa yang dikatakan oleh isterinya.

**************

No comments: