Sunday, 19 June 2011

Takdir Menentu Segalanya ( 5 )

Takdir Menentu Segalanya (5)
Bab 5
                Tanpa di sedari dah 6 minggu usia perkahwinan Ain dengan Asyraaf. Persandingan mereka telah berjalan dengan lancar minggu lepas. Majlis persandingan itu dia adakan di Hotel Tristel, sangat mewah bertemakan salji dan tema warna biru putih sangat indah. Tema itu dipilih oleh adik-adik ipar Ain. Ain beruntung kerna di kurniakan adik-adik ipar yang sporting dan baik. Tak lupa kepada ibu bapa Asyraaf yang menerimanya dengan baik sekali. Banyak hadiah yang diterima oleh mereka tapi ada satu hadiah tu yang membuatkan Ain malu sampai sekarang.

                Malam selepas selesainya majlis persandingan Ain dan Asyraf, semua keluarga berkumpul untuk upacara membuka hadiah. Banyak hadiah yang di terima, yang peliknya pampers dan set barangan bayi pun ada. Semua pakat gelak masa hadiah itu kami buka. Tapi ada satu hadiah yang membuatkan Ain malu. Hadiah dari adik iparnya yang bongsu Syafira Aslina atau nama manjanya lina. Kejadian itu terlayar kembali di ingatan Ain, malam itu juga menjadi malam pertama Ain setelah berkahwin.

“Akak yang ini ikhlas dari lina. Akak bukaklah ini special tau abang mesti suka” lina mengeyitkan mata pada Asyraaf. Ain buka hadiah itu dengan hati yang bedebar hadiah apa lah yang lina bagi ni, janganlah hadiah pelik-pelik dahlah tadi dia di usik dengan hadiah pampers dan set barangan bayi yang di hadiahkan oleh bapak mertuanya. Alangkah terkejutnya Ain bila dilihat baju tidur satin yang sangat seksi berwarna merah daripada lina. Merona wajahnya menahan malu yang teramat. Semua yang mata memandang gelak sakan padanya, Asyraaf pula hanya tersenyum. 

Dalam hati Asyraaf berbunga riang, pandai betul lina memilih hadiah, dia pandang wajah isterinya yang merona merah, dia suka lihat wajah Ain ketika ini, terselah keayuaannya. Tidak di nafikan Ain memiliki raut wajah yang ayu, matanya yang budar, bibir yang munggil dan terletak, alis yang tebal dan wajahnya bersih dari sebarang jerawat atau cele.

“Malam ni Ain pakai baju ni ye”.bisik Asyraaf ditelinga Ain tak mahu ada yang mendengar. Dan pehanya mendapat cubit dari Ain. Asyraaf hanya tergelak kecil.

Setelah abis semua hadiah dibuka Ain meminta diri untuk beredar kebilik. Di bilik Ain resah adakah perlu dia memakai baju satin itu. Tapi itu pemintaan Asyraaf, Ain tak sampai hati menghapakan suaminya tapi dia malu baju tu jarang dan pendek hanya separas peha. Ain tak pernah memakai baju sebegitu seumur hidupnya.
Ain keluar dari bilik air mukanya yang putih menjadi kemerahan apabila melihat Asyraaf sedang duduk di birai katil mungkin menunggunya keluar dari bilik air. Ain bertambah malu melihat senyuman yang terukir dibibir suaminya. Apa nak buat nie malunya, di tarik-tarik bajunya kebawah malu tak terkata dia juga rasa tak selesa berpakaian seperti itu. Jantung Ain berdegup kencang melihat Asyraaf bangun menghampirinya. 

“ Tunggu Abang, Jangan tidur dulu”. Asyraaf berbisik di telingan Ain sebelum melangkah ke bilik air untuk membersirkan diri.

Ain melelapkan mata pura-pura tidur bila terlihat Asyraaf keluar dahri bilik Air. Asyraaf pula hanya tersenyum. Dia ingat aku tak Nampak agaknya yang dia pura-pura tidur. Nak main tarik tali ke sayang. Tapi Asyraaf akui Ain memang menawan, baju itu menampakkan keseluruhan tubuh Ain yang putih melepak. Asyraaf betul-betul tergodah. Asyraaf membaringkan tubuhnya disebelah Ain, perlahan tangannya memeluk pinggang Ain.

“Sayang abang tahu sayang tak tido lagi, sayang malu ye dengan abang,” mata Ain masih terpejam, macam mana dia boleh tahu aku tak tido lagi ni. Degupan jantung Ain bertambah kencang. Pelahan Asyraaf memusing badan Ain agar memandangnya. Satu kucupan diberikan didahi Ain. Ain buka mata terkejut dengan tidakan Asyraaf. Pandangan mereka bersatu. Ada getar didada masing-masing dan malam itu manjadi saksi bertapa bahagianya mereka berdua.

“Sayang terima kasih. Kerana sudi membahagiakan abang.” Asyraaf mengucup bibir dan dahi Ain tanda terima kasih. Tubuh Ain dipeluk erat tak mahu berpisah dengan isterinya.

**************

                Pagi itu Ain merasa tidak sedap badan, tak larat untuk bangun. Jam telah menunjukkan pukul 6.15 pagi. Ain menggagahkan diri untuk bangun menunaikan perintah Allah. Teringan dulu ketika Uminya masih hidup . kalau Ain malas bangun solat subuh uminya selalu menbacakan surah yasin naik meremang bulu roma Ain selepas itu Ain selalu bangun solat takut jika itu solat subuhnya yang terakhir. Selepas solat Ain baring semula, jarang dia tidur selepas solat subuh tapi entah kenapa badannya rasa tak bermaya, tekak rasa loya. Kelibat suaminya tidak kelihatan dari dia bangun tadi, mungkin di bilik kerja kerana sejak kebelakangan ini Asyraaf terlalu sibuk dengan projek-projek baru. 

“Sayang bangun!! Dah pukul 8.00 tak pergi taska ke hari ni?”Ain memisat-misat matanya entah bila dia terlena.

“Ain tak sihat ke? Nak pergi klinik abang mintak pak mail hantarkan. Abang tak sempat nak hantar Ain, abang ada mesyuarat penting pagi ni” Asyraaf meletakkan telapak tangannya di dahi Ain, terasa bahang panas tubuh isterinya.

“tak apa abang pergilah kerja, lepas makan panadol oklah nie. Ain pun nak pergi taska kejap lagi, banyak urusan hari nie tak boleh ponteng” Ain bangun dari baringan, dia perlu bersiap hari ni ada kerja yang harus di lakukan. Tapi entah mana silapnya Ain hampir tersungkur nasib baik Asyraaf sempat menyambar tubuh Ain. Kalau tak memang cuim lantai lah jawabnya.

“sayang tak sihat  ni, ambik cuti jelah ye. Nanti jadi apa-apa susah abang nanti sayang” Ain memandang Asyraaf terasa dengan kata-kata suaminya. Selama ini ,dia ni satu beban ke pada suaminya. Entah kenapa dia menjadi orang yang sangat sensitive.

“Takpelah lepas ni Ain tak akan menyusahkan Abang lagi, Ain mintak maaf kalau Ain ni satu beban pada abang.” Asyraaf mengaru kepala, binggung apa yang dimerepekkan oleh isterinya.

“bukan itu maksud abang. Abang……”belum sempat Asyraaf menghabiskan bicaranya Ain berlalu ke bilik air. Lama Asyraaf menunggu Ain keluar dari bilik Air niat dihati ingin memujuk buah hatinya itu. Tadi dah setengah jam dia menunggu tapi Ain tak keluar-keluar bila di panggil Ain marah menyuruhnya pergi. Asyraaf tak boleh tunggu lagi, malam nanti sahaja dipujuk rajuk isterinya itu.

**************
                Ain memang terasa sangat dengan kata-kata Asyraaf pagi tadi, hatinya sedih. Betulke dia hanya satu beban pada suaminya itu. Dengan keadaan kesihatanya yang kurang baik hari ini dia bertambah tertekan. Perlu ke Asyraaf berkata bergitu, dia tahu kebelakangan ini Asyraaf sering sibuk dengan kerjanya hingga kadang kala dia rasa terpinggir. Kadang kala di cuba memahami kesibukan suaminya itu tapi semakin lama semakin menjadi, Asyraaf langsung tidak menghiraukannya, balik hingga lewat malam, itu pun sering tidur dibilk bacaan.

                Kerja-kerja yang berlambak di atas meje langsung tidak di usik, dia khayal melayan perasaannya. Sejak kebelakangan ini dia sering tidak sedap badan, sering loya. Dia juga sering ingin makan makanan yang pelik-pelik. Selera makannya pun berubah-rubah dan meningkat.

“Ain,  penjaga aiman ingin berjumapa dengan Ain, mungkin ingin membincangkan tentang masalah yuran yang dah berapa bulan terkandas.” Ain memandang kak laili, terkejut dia dengan sergahan kak laili. Kak laili ada salah seorang guru di taska ini.

“Akak suruh diorang tunggu sekejap ye. Ain nak ambik fail aiman sekejap”

“yelah. Tapi cepat sikit”kakak laili berlalu mungkin ingin memaklumkan kepada penjaga aiman.

“Assalamualaikum, Puan Amani ke? Ibu aiman.” Ain bertanya kepada seorang wanita yang sedang duduk ruangan khas bagi perjumpaan guru dengan ibu bapa atau penjaga pelajar-pelajar taska. Kepala Ain berpusing, pandangannya kabur selamat dia sempat berpaut pada meja kalau tak mungkin dia akan terjatuh.
“Cikgu tak apa-apa ke? Nampak macam tak sihat je?.”

“ Pening sikit je kakak. Mungkin sebab panas sangat sekrang ni.”Ain memberi alasan. Mereka duduk dan berbincang tentang masalah aiman. Puan amani juga telah melangsaikan yuran yang tertunggak selama 3 bulan. Kini barulah Ain tahu kenapa sejak kebelakangan ini aiman kelihatan pelik di kelas, sebelum ini aiman seorang budak yang aktif dan ceria dia juga seorang yang bijak tapi sejak kebelakangan ini dia kelihatan murung dan pendiam pelajaranya juga merosot. Rupa-rupanya ibu bapa Aiman telah berpisah ia pasti memberi  kesan kepada anak sekecil aiman. Banyak kes perceraian yang memberi kesan negative terhadap remaja dan anak-anak kecil. Setelah selesai berbincang dan cari penyelesaiaan untuk memulihkan semagat aiman puan amani meminta diri untuk pulang. Ain juga bangun untuk ke biliknya tiba-tiba pandagannya kabur dia terjelepuk jatuh tidak sedarkan diri.

No comments: