Friday 17 June 2011

Takdir Menentu Segalanya ( 1 )

Takdir Menentu Segalanya (1)
Watak Utama
Nur Qurratu’Aini ‘Abidahh  (Cahaya Penyejuk mataku / hatiku Yang banyak beribadat)
Muhammad Syabil Asyraaf ( Yang terpuji, di rahmati  Bintang Yang mulia )

Bab 1

                Ain tidur dengan nyenyaknya di atas katil yang empuk. Penat kerana memandu jauh untuk kedestinasi yang amat dia gemari itu Cherating pantai yang bersih dahn cantik. Di sini banyak kenangan yang tersemat di sanubari Ain tidak sesekali ia pudar dari ingatan. Kenangan manis bersama Arwah ibu bapanya dan kenangan besama Daniel tak akan sesekali dia lupakan. Disinilah tempat dia dan keluarganya meluangkan masa bersama ketika musim cuti. 

Ain mengeliat, matanya berat untuk dibuka menandahkan dia masih mengantuk tapi dia cuba mengagahinya agar dia tidak terlewat untuk bangun menunaikan perintah Allah di subuh hari. Tiba-tiba pinggang Ain terasa di peluk kejap oleh seseorang. Ain mengigil ketakutan terasa sesusuk tubuh menghampiri tubuhnya. 

“ AHHHHHHHHHHHHH!!!!!” Sekuat hati Ain menjerit dahn dengan sekuat tenaga Ain melompat dari katil bagi meloloskan diri dari mahluk yang tidak dikenali. Kelihatan seorang lelaki terduduk akibat terkejut dengan jeritan Ain. 

“ Macam mana awak ada kat dahlam bilik saya ni, Awak ni sape berani menceroboh dalam bilik saya, tidur atas katil saya, peluk pinggang saya.” Lelaki tersebut hanya terlopong melihat Ain  dari atas kebawah. Melihat pandangan lelaki tersebut Ain memandang dirinya alangkah terkejutnya dia apabila ia melihat dirinya tanpa Seurat benang pun. Dengan reaksi spontan Ain menarik selimut bagi membaluti tubuhnya dan ia menambahkan lagi rasa terkejut Ain apabila ia menarik selimut tersebut keadaan lelaki tersebut juga sepertinya tanpa Seurat benang. Mata Ain melorot ke atas cadar katil kelihatan ada tompokan darah disitu. Terduduk Ain melihatnya sedarlah dia apa yang telah terjadi terhadapnya. Sedarlah dia bahawa mahkota yang salama ini dijaga hilang begitu sahaja. Teresak-esak Ain menangis.

Melihat Ain menagis teresak-esak, Asyraaf bangun dan duduk didepan Ain. Tubuh yang hanya dibaluti tuala yang terdahpat di sisi katil Dia memeluk tubuh Ain ingin memujuk wanita itu. 

“ Maafkan saya, saya  tak sedar apa yang belaku. Maaf saya tak tahu bagaimana semua ini terjadi.” Ain mengangkat mukanya. Dia terasa amat marah ketika ini. Mendengar kata-kata lelaki tersebut lagi membuatkan hatinya bertambah panas. Dasar lelaki jahanam. Ain menolak tubuh Asyraaf dengan sekuat hati membuatkan Asyraaf terpelanting sedikit.

“Jahanam berani ko kata ko tak sedahr apa yang ko buat kat aku. Macam mana ko boleh ceroboh bilik aku ni ha. Dasar lelaki buaya darat. Ko rampas barang yang paling berharga dari aku apa yang tinggal pada aku haaaa. Apa salah aku pada kau, aku tak kenal kau pun.” Ain memukul dada Asyraaf dengan sekuat hati dia rasa macam nak bunuh je Asyraaf tu biar puas hati Ain.

“Dasar lelaki jahanam, aku bunuh kau!!! Aku bunuh kau!!!” Ain seperti di rasuk hantu. Habis semua barang dia baling kearah Asyraaf. Tanpa dia sedari pasu bunga yang menjadi hiasan di atas meja solek Ain baling tepat mengenai kepala Asyraaf. Mendodoi Asyraaf menahan sakit akibat balingan tersebut kelihatan dahrah mengalir disitu .

“ Diam!!!!” Asyraaf menjerit, dengan lagak yang bengis Asyraat menarik tangan Ain dan menampar muka Ain sekuat hati. Ain terjatuh di atas katil akibat penaggan Asyraaf. Darah mengalir di bibir Ain. Dengan linagan air mata Ain mengesot ke kepala katil takut jika Asyraaf bertindahk kasar. Ain amat gerun melihat wajah Asyraaf ketika itu. Asyraaf meraup mukanya dengan kedua telapak tangan sedar akan telanjurannya mengasari Ain. Sedangkan dia bukan lah seorang yang pemarah mahu pun pemukul. Dia Amat lembut dan penyabar. 

“ Maaf saya tak sengaja mengasari awak. Tapi awak membuatkan saya hilang sabar. Saya memang tak tahu apa yang belaku. Saya datang sini untuk bercuti tenangkan fikiran bukan nak merogol orang. Saya masih ingat Allah saya masih tau yang mana halal yang mana haram. Kita kene duduk berbincang bagi menyelesaikan masalah ini.  saya tak tahu siapa yang salah sama ada awak atau pun saya. Awak asyik cakap saya ceroboh bilik awak tapi ini bilik saya Bilik No 244”. 

“ Ini Bilik saya la. Saya daftar malam tadi . kalau awak tak percaya ini buktinya” Ain bangun diselongkar beg tangan mencari resit di berikan pada Asyraaf. Memang betol bilik ini didaftarkan atas nama Ain bilik No. 244, Asyraaf juga ambil resit di dahlam kocek seluar. Mereka berpandangan sesame sendiri Antara mereka tiada siapa yang salah kerana resit mereka tertera No. bilik 244. 

“ Macam mana hotel ni boleh buat silap macam ni. Yang jadi mangsa kita. Sape nak jawab. Awak pergi siap kita kene turun jumpa pengurus hotel ni. Benda ni tak boleh di diamkan. tak pasal-pasal kita dapat dosa berzina akibat kecuian pihak hotel ni” Asyraaf menahan amarah yang mengunung didadanya.

                Kemarahan Ain memuncak apabila mendengar jawapan dari budak counter apabila di beritahu tentang kesilapan yang telah dia lakukan. Ada ke dia kata ini masalah kecil, maruah Ain dikatakan perkara kecil.

“Kau kata perkara ni kecil eh. Perkara kecil kepala hotak kau Panggil pengurus kau sini. Cepat, Aku akan pastikan engkau dipecat.“ Jeritan Ain membuatkan Budak Counter tadi terdiam. Seorang lelaki datang menghampiri kami.

“ Maaf puan, Boleh saya bantu.?”

“ Saya nak saman Hotel ini. Pekerja Awak ni kata masalah ni perkara kecil. Awak tengok sendiri apa yang dia buat.” Ain menunjukkan kedua-dua resit yang di pegang kepada Pengurus tersebut.

“ Maaf Puan ini memang kesilapan kami saya akan tukarkan Puan ke bilik lain”

“ Arggg Kau tau tak semalamam aku tidur gan dia dalam satu bilik. Ko ingat aku ni perempuan apa haa… ni hotel ke tempat pelacuran . Kalau kiteorang kena tangkap basah macam mana. Korang nak tanggung malu ke?. Yang buruk nanti kitaorang yang jugak yang tanggung.” Ain betul-betul marah sampai beraku engkau dengan pengurus Hotel berkenaan.

“ Encik apa yang berlaku ini memang memelukan kami, encik tau  tak kami ni bukan muhrim. Tau tak berapa banyak dosa yang kami kene pikul akibat kelalai pekerja Encik. Mana kami nak sorok muka kami ini. Ini berkenaan maruah dan agama Encik ingat perkara ini perkara kecil ke? Saya boleh saman malu hotel ni tau”. Pandai pulak mamat ni bersuara tadi diam je. Aku pulak yang kene menjerit terlolong kat sini kata Ain didalam hati

“ Maaf Encik. Pihak kami Mintak maaf dan berjanji perkara macam ni tak kan berulang lagi.” Maaf, Maaf diaorang ingat dengan mintak maaf boleh kembalikan maruah aku. Boleh jadikan aku virgin semula ke?. Tapi Ain tak dapat luahkan sebab awal-awal lagi si mamat tu tak bagi dia cakap apa yang jadi kat kitaorang semalam. Yela tak kan nak heboh yang kitaorang dah terlanjur. Malu nanti. Ain hanya senyap di sebelah Asyraaf dah tak tahu nak kata apa lagi. Biarlah dia yang selesaikan. Perlahan Ain melangkah beredar dari situ.

                Ain duduk di batu di tepi pantai. Pandahnganya di halakan jauh di dada laut yang luas. Pening memikirkan semua yang terjadi pada dirinya. LAin yang diharapkan dengan percutian ini tapi lain yang terjadi. Barang yang berharga yang di jaga dengan rapi hilang sekelip mata. Apa yang tinggal pada dirinya kini. Air mata mengalir dengan sendirinya membasahi pipinya yang gebu. Ain tak tahu apa yang akan berlaku pada dirinya di kemudian hari. Dia terasa betapa kotornya dirinya kini. Siapa yang harus di salahkan. Lelaki tersebut tidahk salah semua telah ditentukan olehNYA ia berlaku dengan sekelip mata.

Apa yang harus diberitahu kepada bakal suaminya kelak, memanglah sekarang dia belum berpunya tapi jika jodohnya dah sampai macam mana Ain nak terangkan pada dia tentang keadaan Ain yang dahh tak suci. Boleh ke dia terima, boleh ke dia memahami. Aarrgggg serabut kepala Ain memikirkan semua ini.

                Dari jauh Asyraaf melihat wanita itu duduk sendiri, kelihatan air mata membasahi pipi wanita tersebut. Dia masih belum tahu nama wanita itu. Asyraaf tak tahu apa yang perlu dia lakukan rasa bersalah meyelubungi diri. Apa yang akan jadi pada wanita itu kelak. Harus ke dia bertanggungjawab, bagaimana? Perlu ke dia mengawini wanita tersebut sedangkan dia langsung tidak mengenali wanita tersebut. Semua ini bukan silapnya, ia berlaku tanpa sengaja. Perlu ke dia mengawini wanita itu. Kalau wanita itu hamil, anak itukan anak dia, darah dagingnya. Asyraaf tidak jadi melangkah kearah Ain lebih baik dia balik ke bilik berehat.

2 comments:

Anonymous said...

bila nak sambung lagi lamanya

Anonymous said...

bila nak sambung lagi lamanya