Friday, 24 June 2011

Takdir Menentu Segalanya (8)

Bab 8
Pagi ini ain harus menghadiri perjumpaan sulit dengan Uncle Razak dan Farhan, perbincangan harus diadakan dengan kadar segera agar langkah keselamatan dapat diambil bagi menyelesaikan masalah yang semakin meruncing. Keselamatan Ain dan keluarga amat membimbangkan, Ain takut dia terlambat dan ada orang yang akan menjadi mangsa. Teringat akan isi email yang dihantar Farhan dua hari lepas.

To: Nur Qurratu’Aini ‘Abidah 
CC : Uncle Razak
Subject : Maklumat

Dear Puan Ain,
Assalamualikum,
Puan, saya tahu apa yang berlaku di Villa, saya sentiasa disisi Puan, saya dah arahkan orang-orang saya untuk mengawasi semua ahli keluarga di villa itu. Buat masa sekarang keadaan berada dalam kawalan tapi kita tak tahu apa yang akan berlaku dikemudian hari harap Puan berwaspada. Perbincagan harus diadakan dengan kadar segera agar kita dapat mencari jalan penyelesaian dengan tepat.
Setakat ini  ada bukti-bukti  dapat saya kumpulkan Cuma ia belum cukup untuk menarik dalang semua ini ke mukapengadilan. Tapi seperti Puan jangkakan dalang disebalik semua ini adalah dia. Rasanya dendam dia pada keluarga Puan memang dalam, selagi dia tak dapat apa yang dia inginkan selagi itu dia tidak akan puas hati. Tapi puan jangan risau selagi saya bernyawa saya akan lindugi Puan.
Tentang kejadian di cherating memang dia yang rancang Cuma Puan bernasib baik kerana budak hotel yang diupah tersalah orang dan menganggap suami Puan adalah orang yang sepatutnya diberi kunci bilik Puan. Seperti Puan, Suami Puan juga telah minum Air yang terdapat dibilik Puan dimana Air itu telah diletakkan sejenis ubat perangsang yang mengakibatkan kejadian yang tak dingini berlaku. Puan harus bersyukur kerana orang upahan yang sepatutnya meniduri Puan mengalami kemalagan kecil dan terlambat untuk menyelesaikan misi yang diarahkan jika sebaliknya mungkin nasib Puan tak sebaik ini.
Saya akan Email Puan lagi malam esok untuk memberitahu tempat dan waktu perbincangan.

Sedia Berkhidmat,
Farhan

Macam mana, macam mana dia nak keluar ke tempat yang dijanjikan tinggal satu jam sahaja lagi perbincangan akan dimulakan. Tiba-tiba dia dapat Idea, perlahan di jalan kebilik tidur untuk mencari suaminya. Tersenyum Ain bila memandang suaminya tengah bersiap untuk ke tempat kerja, perlahan di membantu suaminya mengikat tali leher, manja sekali Ain yelah nak pujuk suami memanglah kena manja-manja sikit biar cair.

“Ain abang ada meting pukul 10 nanti, janganlah goda abang ada karang abang tak masuk ofis.” Ain tak mengendahkan larangan Suaminya, maingkin  di goda lagi adalah..

“Abang Ain nak keluar hari nie boleh tak.” Di usap dada bidang suaminya manja.

“Ain nak pergi mana, tunggu abang baliklah nanti kita keluar sama-sama, Ain tahukan keadaan sekarang ni macam mana, keselamatan Ain kena dijaga.” Patutlah manja semacam rupanya ada udang disebalik mee. Tersenyum Asyraaf dengan tingkah laku isterinya. Eii kalau dia tak ada meeting peting pagi ni memang dia dah tarik isterinya kekatil.

“Ala bolehlah Ain Cuma nak pergi rumah auntie Ina dengan uncle Razak je. dah lama Ain tak jengok mereka nanti mereka cakap apa pulak dah kawin langsung tak ingat mereka padahal mereka yang menjaga Ain lepas Abi dan Umi meninggal.” Ain menjawab sayu minta simpati mana tahu suaminya izinkan.

Asyraaf serba salah untuk membenarkan Ain pergi tapi tak sampai hati pulak untuk menolak. Melihat wajah sayu Ain, lagipun tak tahan dengan rayuan isterinya tergoda.

“Baiklah abang izinkan tapi biar abang hantar, nak balik nanti call,tunggu sampai abang datang ,abang ambik jangan nak ngada-ngada balik sendiri. Kalau sayang setuju baru abang benarkan pergi.” Ain berfikir sejenak Akhirnya dia mengangguk setuju, takpe nanti dia tumpang Uncle Razak pergi jumpa Farhan.

“Terima kasih, kejap eh ain pakai tudung.” Baru dua langkah Ain patah balik kearah Asyraaf perlahan dikucup bibir suaminya tanda terima kasih dan berlalu untuk bersiap.

Asyraaf memengang bibirnya, tak pernah-pernah Ain buat bergitu padanya, selama ini Ain amat pemalu orangnya. Hati sabarlah engkau malam karang boleh sambung Hehehe.

Ain kerumah Uncle Razak dengan dihantar oleh suaminya berulang kali suaminya berpesan agar tidak keluar sendirian, tunggu sampai di jemput pulang. Ain amat bersyukur kerana Allah mengurniakan Ain seorang suami yang penyanyang. Setelah suaminya berlalu Ain dan Uncle Razak ke tempat yang dijanji iaitu di Teratak Nur Kasih.

“Assalamualikum.” Ain memberi salam kepada semua yang hadir di perjumpaan tersebut. Kelihatan semua yang hadir sedang gelisa menunggu dirinya. Ain duduk di bangku yang disediakan.

“Ain, abang ingat Ain tak datang.” Farhan bertanya sambil merenung kearah Ain, mangkin cantik pulak Ain selepas khawin berseri-seri mungkin kerana pembawakan budak.

“Ain mesti datang, perkara yang nak dibincangkan melibatkan Ain, takkan Ain nak buat tak kisah je. Ain tak boleh nak harapkan orang sentiasa lindungi Ain. Ain kena lindungi diri Ain sendiri.” Ain berkata perlahan. Ye sampai bila Farhan mahu lindungi dia, Farhan dah banyak berkorban untuknya, kadang-kadang dia merasa dia kejam terhadap Farhan tapi dia sayang Farhan dia taknak Farhan jauh darinya, Farhan satu-satunya keluarganya yang tinggal.

“Kenapa cakap macam tu, Abang akan sentiasa lindungi Ain walau Ain menolak sekalipun, Abang tak akan mungkir janji dengan Arwah Abi dan Umi. Mereka dah memberi sepenuh kepercayaan kepada abang untuk lindungi Ain.” Farhan bersuara keras, dia tahu Ain merasa bersalah kerana menyusahkannya tapi dia sendiri yang sanggup menyusahkan dirinya untuk Ain. Ain segala-galanya bagi Farhan. Farhan sanggup mengadai nyawa untuk Ain. Terlalu besar budi Ain dan keluarga Ain padanya. Dia tak akan mampu membalasnya hanya dengan menjaga Ain hatinya merasa senang.

“Sudahlah tu, Mari kita bincang apa yang perlu kita lakukan bagi menyelesaikan masalah ini.”Uncle Razak bersuara, kalau di biarkan boleh jadi perang tahu saja dengan peragai Ain dan Farhan nak menang sendiri.

“Ain rasa kita bagi jelah apa yang mereka mahukan. Ain dah penatlah dengan semua ini, sampai bila ain nak melarikan diri.”

“Ain ingat kalau Ain itu je ke yang mereka mahukan, mereka tak akan senang selagi tak musnahkan Ain. Mereka nak Ain menderita. Abang rasa itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik.”Farhan bersuara tidak setuju dengan pendapat Ain. Dia tahu Fakrul tak akan biarkan Ain hidup bahagia, dia akan buat Ain lebih mederita sebelum tamatkan riwayat Ain, itu dia pasti orang sekejam Fakrul tak akan ada belas kasihan.

“Betul tu Uncle setuju dengan pendapat Farhan. Ain kita tak boleh biarkan Fakrul bertidak sesuka hati. Uncle rasa kita kena cari bukti dengan lebih banyak dan lebih kukuh untuk menhadapkan fakrul ke muka pengadilan.”

“Tapi macam mana caranya dari dulu kita tak pernah berhasil, Ain takut dia apa-apakan Asyraaf dan keluarganya. Ain tak sanggup nak tengok keluarga bahagia itu musnah.”menitis air mata Ain, dia tak nak orang lain mederita seperti dirinya kehilangan orang yang ain sayangi membuatkan hati Ain betul-betul terluka apa lagi kematian dalam keadaan yang kejam.

“Ain bersabarlah, Allah sentiasa ada dengan orang-orang yang beriman, berdoalah agar kita semua di lindungi.” Uncle Razak cuba menenagkan Ain. Dia tahu Ain dah banyak menderita, kadang-kadang dia rasa Allah itu tidak adil dengan Ain, tapi dia sedar Allah hanya ingin menguji keimanan Ain.

“Ain jangan risau, abang akan cari bukti. Tapi buat masa ini Ain dan keluarga kena berhati-hati, jangan bertidak terburu-buru. Abang dah arahkan anak buah abang untuk lindungi keluarga Ain. Villa  pun Abang dah arahkan orang untuk awasinya. Ain tak perlu risau.”

Mereka terus berbincang apa yang perlu mereka lakukan, kata putus telah dibuat Farhan akan teruskan penyiasatan terhadap Fakrul, Fakrul telah menyuruh beberapa orang bawahanya yang setia untuk masuk ke group Fakrul agar senang mereka mendapatkan maklumat. Uncle Razak akan meminta bantuan dari beberapa orang kenalannya untuk mendapatkan maklumat kewangan Fakrul kerana dia percaya fakrul terlibat dengan kes-kes penyelewengan beberapa syarikat-syarikat besar di Malaysia.

Petang itu seperti yang dijanjikan Asyraaf menjemput Ain di Rumah Uncle Razak, Sempatlah dia dan Ain minum petang di rumah Uncle Razak. Sebelum balik auntie Ina Isteri kepada uncle Razak sempat berpesan kepada Asyraaf untuk menjaga Ain baik-baik, katanya Ain dah banyak menderita dan terluka, jangan sesekali melukan hati Ain. Ketika itu isterinya sedang bercakap di telefon jadi tentu sekali tidak mendengar pesanan auntie Ina kepadanya. Sayang betul Auntie Ina pada isterinya.

**************

6 comments:

Che'E said...

salam,saya follow cerita awak yer...

~aI_Da~ said...

best2..=) sambunglah lg..heheheh

The Lovely Riztilqah said...

salam..sis sambung lg..feel free to visit my blog..tq..

aya said...

bez22..nak lagi~

Aida Nadia said...

best3...
cpt la smbng...!!!

Anonymous said...

ble nk smbg cite nie...lme dah tggu....=(